Busuk berbau, jatuh berdebuk. | Perbuatan yang buruk lambat-laun akan ketahuan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masih berbau pupuk jerangau. | Belum ada pengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada berbau telunjuk saya. | Cerita atau perkhabaran yang tidak dapat dipercayai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah berbau bagai embacang. | Rahsia yang sudah diketahui orang; perkara yang sudah jelas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bakar tak berbau. | Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malang tak berbau. | Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan cempedak berbau nangka. | Hendaklah diselidiki sesuatu perkara itu dengan saksama lebih dulu sebelum mempercayai percakapan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gaharu dibakar kemenyan berbau. | Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain dibakar tiada berbau. | Kemiskinan yang amat sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mana busuk yang tidak berbau? | Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |