Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.be.lah] | بربله

Definisi : ; ~ hati tidak tetap pendirian, tidak dapat memutuskan sesuatu; hatinya berbelah-belah = hatinya ~ balik tidak tetap pendiriannya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.be.lah] | بربله

Definisi : 1 ada belahnya; mempunyai belah: Bajunya ~ di belakang. 2 terbagi menjadi dua: Cintanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbelah

Puisi
 

Anak dara pandai bergaya,
     Kain sempit berbelah dada;
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
     Rajin bersolek malas bekerja.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Mata satu pertemuan,
     mata dua perceraian.

Bermaksud :

Kasih yang tidak berbelah bagi akan mengekalkan kerukunan hidup suami isteri, sedangkan kasih yang berbelah bagi akan mengakibatkan perceraian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berkuak pedang, berbelah buluh.Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mata satu pertemuan, mata dua perceraian.Kasih yang tidak berbelah bagi akan mengekalkan kerukunan hidup suami isteri, sedangkan kasih yang berbelah bagi akan mengakibatkan perceraian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas