Bagai si kudung pergi berbelut. | Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai si buta pergi bergajah). berbelut = menangkap belut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kena kecipak orang berbelut. | Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati). kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati. | Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena kecipak orang berbelut). sicerek = sebangsa tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |