Hendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih. | Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh. | Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti si buta berbini cantik, si kudung beroleh cincin, si bisu bercakap dan si tuli mendengar. | Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alangkan baik (= elok) berbini tua, perut kenyang pengajaran (= pemanja) datang. | Orang beristeri tua biasanya beroleh kesenangan kerana disayangi oleh isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |