| Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah). | Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Selangkas betik berbuah. | Waktu yang singkat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takkan pisang berbuah dua kali. | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak. | Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana pohon kayu tiada berbuah. | Ilmu yang tiada diamalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menopang pisang yang tak berbuah. | Usaha yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak. | Mengandung tetapi selalu keguguran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat. | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan pisang berbuah dua kali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |