Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. | Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbudi bagai pisang lebat. | Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. berbudi = maksudnya: mengggahkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum ditumbuk belumlah bengkak. | Apabila sudah berbudi barulah ada tanda balas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lagi lebai lagi berjanggut. | Berilmu dan berbudi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menabur (= menanam) biji di atas batu. | Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menuangkan air ke laut. | Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menambak gunung, menggarami laut. | Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memberi garam kepada laut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membuang garam ke laut. | Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Memberi lauk kepada orang membantai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memberi garam kepada laut. | Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air jernih, ikannya jinak. | Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |