Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : sj tumbuhan (pokok) bulu-bulu, pianggu jantan, Pellacalyx axillaris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : ada bulunya: Dadanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbulu

Puisi
 

Terung asam terung berbulu,
     Mari ambil buat kerabu;
Jangan tuan salah keliru,
     Nak cari umbut terkena buku.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tiada berbulu lagi.

Bermaksud :

Tiada punya apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berbulu mata melihat.Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada berbulu lagi.Tiada punya apa-apa lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kepala sama berbulu (= hitam), pendapat (= hati) berlain-lain.Lain orang, lain fikirannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Musang berbulu ayam.Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Serigala berbulu domba).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Serigala berbulu domba.Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Musang berbulu ayam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas