Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.nga] | بربوڠا

Definisi : 1. mempunyai (mengeluarkan) bunga: pokok durian sudah mulai ~; 2. = berbunga-bunga berhias dgn gambar atau lukisan bunga: kain hitam ~ merah; 3. = berbunga-bunga mengandungi (terhias dgn) kata-kata yg indah: bahasanya ~; 4. ki berhias (disertai) dgn: wajahnya ~ senyuman yg manis; 5. mendapat (menghasilkan, mengenakan) bunga atau bayaran faedah: pinjaman yg tidak ~; 6. (sudah) menampakkan tanda (akan terjadi, akan berhasil, dll): segala usaha dan jerih kita sudah ~; 7. ada bunganya (bkn tayar): keempat-empat tayarnya masih ~; 8. bertanda corak timbul (yg dibuat dgn mesin): getah asap ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.nga] | بربوڠا

Definisi : 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbunga

Puisi
 

Tanamlah bunga tidak berbunga,
     Tanam ke darat berbunga jua;
Di dalam dunia tidak bersama,
     Di dalam akhirat bersama jua.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah,
     dia tidak.

Bermaksud :

Mengandung tetapi selalu keguguran.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak.Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak.Mengandung tetapi selalu keguguran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berputik dulu baru berbunga, buahnya jarang dimakan beruk (= monyet).Perempuan yang hamil sebelum kahwin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah tahu di kain beragi.Orang melarat yang sudah baik penghidupannya. beragi = berbunga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas