| Berbunyi batu berbunyilah dia. | Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diimbau berbunyi, dilihat bersua. | Kebenaran yang tak dapat dibantah. diimbau = dipanggil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Geruh tak berbunyi, malang tak berbau. | Kemalangan terjadi tanpa diketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Koyak tak berbunyi. | Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau. | Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Meniup suling berbunyi bangsi, maka bangsi itu terpatah-patah. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh dan yang diperoleh itu pun tidak pula sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seletus bedil berbunyi, mencebur ikan dalam laut, berkokok ayam dalam hutan. | Ucapan pemimpin yang menggemparkan orang di mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tong kosong berbunyi nyaring. | Orang bodoh yang banyak bual-bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar bungkus tak berisi, b. Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam. | Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin. | Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |