| Bagai gelegar buluh. | Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. | Bercakap besar di belakang-belakang saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Paku sebatang, kuat bunyi tukulnya bertalu-talu. | Bercakap besar tetapi bukti kerja tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang. | Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |