| Ular bercampur dengan belut, tak akan hilang bisanya. | Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tiada akan berubah tabiatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bercampur dengan orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak. | Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. cecak = copet. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Minyak dengan air adakah (= bolehkah) bercampur? | Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai minyak dengan air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kera sumbang. | Takut hendak bercampur dengan orang. sumbang = salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti harimau kena kucing pekak. | Marah bercampur takut kerana bahaya yang menimpanya. kucing pekak = perangkap besi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang kilat dalam kilau. | Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar. (Bandingkan dengan: Hilang ikan dalam kerabu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan. | Orang yang biasa bercampur dengan orang-orang yang berakal, susahlah hendak dipengapakan dia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai minyak dengan air. | Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Minyak dengan air adakah [= bolehkah] bercampur?). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |