Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cer.min] | برچرمين

Definisi : 1. melihat muka sendiri dlm cermin (air jernih dll): ia memakai pakaian sambil ~; 2. memakai cermin, ada cerminnya, berkaca: almari pakaian biasanya ~; ~ mata memakai cermin mata; 3. ki mengambil teladan (contoh, pelajaran): kenapa kita mesti ~ kpd orang jahat; 4. ki meneliti, memeriksa; ~ bangkai mendapat (menanggung) malu; jangan ~ di air keruh prb jangan diturut teladan yg buruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cer.min] | برچرمين

Definisi : 1 melihat bayang diri sendiri dlm cermin. 2 memakai cermin; ada cermin pdnya; mempunyai cermin: Almari itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercermin

Puisi
 

Sirih kuning jauh panjak,
     Tempat gantung barang kaca;
Putih kuning sedang berkacak,
     Situ abang bercermin mata.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jangan bercermin di air keruh.

Bermaksud :

Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bercermin di air keruh.Mencontohi perbuatan yang kurang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bercermin di air keruh.Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah.Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar berputih tulang, jangan berputih mata).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daripada hidup bergelumang (= berlumur) tahi, baik mati bertimbun bunga.Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar berputih tulang, jangan berputih mata, b. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas