Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dua] | بردوا ب

Definisi : bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dua] | بردوا ب

Definisi : bersama-sama dua orang; (seorang) bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdua

Puisi
 

Berdua-dua berjalan malam,
     Kain disidai di rumah sebelah;
Mabuk arak dari semalam,
     Main mabuk bila nak sudah?


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Berdua mendatangkan perbantahan.

Bermaksud :

Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri. (Bandingkan dengan: Berbaur pangkal perceraian).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berdua terkunci, bertiga terbuka.Rahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berdua mendatangkan perbantahan.Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri. (Bandingkan dengan: Berbaur pangkal perceraian).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Karam berdua basah seorang.Dua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbaur pangkal perceraian.Jika terlalu karib mudahlah timbul perselisihan. (Bandingkan dengan: Berdua mendatangkan perbantahan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas