Masam bagai nikah tak suka. | Berdukacita. masam = merengus, bersut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam terambil di nan kurang. | Berdukacita tanpa sesuatu sebab. di nan = pada yang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air mata jatuh ke perut. | Berdukacita dengan diam-diam. (Peribahasa lain yang sama makna: Air mata jatuh ke dalam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air mata jatuh ke dalam. | Berdukacita dengan diam-diam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun, namun hati tiada senang juga. | Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. ciau atau ciu = tilam tempat duduk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |