| Silih berganti bagai ombak di tepi pantai. | Kehidupan yang tiada tetap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Habis kapak berganti beliung. | Sangat rajin bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang pelanduk berganti kijang emas. | Perempuan yang bercerai daripada suaminya yang hina kemudian kahwin dengan seorang lelaki yang mulia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kain sehelai berganti-ganti. | Suami isteri yang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lepas bantal berganti tikar. | Kahwin dengan saudara atau keluarga isteri yang sudah meninggal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memakai dunia berganti-ganti; yang hidup sesarkan mati, dengan mati itu bernanti-nanti. | Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Patah tumbuh, hilang berganti. | Terus menerus ada gantinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jatuh dihimpit tangga. | Mendapat kesusahan silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berbukit di balik pendakian. | Kesusahan yang silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kemudi patah perahu tembuk. | Kemalangan yang silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |