Bergantung sehasta tali. | Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bergantung pada tali rapuh. | Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bergantung pada akar lapuk. | Berharapan kepada orang yang tak berkuasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bergantung (di) rambut sehelai. | Dalam keadaan yang sangat berbahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gantung tak bertali, salai tak berapi. | Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya. (Bandingkan dengan: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jiwa bergantung di hujung rambut. | Senantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nyawa bergantung di hujung kuku (= rambut). | Dalam keadaan yang sangat berbahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Digantung tidak bertali. | Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terung buah bergantung, lobak buah berlindung. | Ada orang yang menampakkan kekayaannya dan ada pula orang yang menyembunyikannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur. | Satu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Sebagai aur dengan tebing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |