Belum bergigi sudah hendak menggigit. | Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum bergigi hendak mengunyah. | Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengunyahkan orang bergigi. | Mengajar (memberitahu) orang yang sudah tahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi. | Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengunggis tebu tak bergigi, jahanam gusi. | Melawan musuh yang kuat tanpa syarat, tentulah membinasakan diri sendiri. unggis = memakan dengan menggigit berdikit-dikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk). | Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum bergigi sudah hendak menggigit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |