Ternanti-nanti bagai berlakikan raja. | Berhajat kepada orang yang tidak berkehendak kepadanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidaklah telaga mendapatkan timba. | Orang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai. | Berhajat kepada pangkat yang tinggi sedangkan pangkat rendah pun tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial). | Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |