Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh. | Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya. di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. | Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kinantan hilang taji. | Tidak berharga lagi. kinantan = putih belaka (ayam, kuda, dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semahal-mahal gading, kalau patah tiada berharga. | Betapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jual sutera beli mastuli. | Dapat ganti yang lebih berharga lagi. mastuli = kain tebal yang amat mahal harganya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Manikam sudah menjadi sekam. | Tidak berguna lagi; tidak berharga lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mutiara terkalung ke leher babi. | Mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu akan nilainya; orang mulia yang telah jatuh martabatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk tak genap, keluar tak ganjil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk tak genap, keluar tak ganjil. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti antah lemukut, berguna dilapar perut. | Barang yang tidak berharga tetapi dalam keadaan terdesak terpaksa digunakan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |