Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang. | Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang. | Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu kecil berguling naik, batu besar berguling turun. | Orang biasa menjadi mulia kerana harta; orang mulia menjadi hina sebab tiada berharta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Teras terunjam, gubal melayang. | Penduduk peribumi akan tetap tinggal di negerinya, sedangkan orang-orang asing akan meninggalkannya; orang yang baik budi bahasanya akan dimuliakan walaupun tidak berharta. gubal = kayu yang lunak, antara kulit dengan teras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |