Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.ti] | برهاتي

Definisi : 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.ti] | برهاتي

Definisi : mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berhati

Puisi
 

Kancingnya tujuh,
     Mengecipuk air di dulang;
Kalau Si Awang berhati sungguh,
     Ambil sebiji dibawa pulang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Gajah berhati,
     kuman pun berhati juga.

Bermaksud :

Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berhati baja, berurat kawat.Tabah dan keras hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah berhati, kuman pun berhati juga.Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai kepiting batu.Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Air digenggam tiada tiris).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pukul anjing tengok-tengok tuannya.Berhati-hatilah dalam melakukan sesuatu pekerjaan ataupun ketika mengatakan sesuatu supaya badan selamat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air digenggam tiada tiris.Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai kepiting batu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pendekar elak jauh.Orang yang amat berhati-hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti orang tertikamkan kawan.Diam termenung; berhati walang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekalilah si buta kehilangan tongkat.Selalu berhati-hati setelah sekali menghadapi kesukaran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit.Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biarlah tersalah kain, janganlah tersalah cakap.Hendaklah selalu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu perkataan. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar salah kain, jangan salah mulut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas