Moncong seperti ekor ayam. | Tak berhenti-henti bercakap; tiada diam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kaki naik, kepala turun. | Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke bawah, kaki ke atas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut bagai ekor ayam dihembus. | Tak berhenti-henti bercakap; tiada diam. (Peribahasa lain yang sama makna: Moncong seperti ekor ayam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kepala ke bawah, kaki ke atas. | Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki naik, kepala turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak. | Selalu bekerja tidak berhenti-henti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai air mencari jenisnya. | Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |