Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hias] | برهياس

Definisi : 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hias] | برهياس

Definisi : 1 = ~ diri memakai pakaian (barang-barang kemas dll) supaya cantik atau indah dipandang; bersolek; berdandan: Gadis itu pandai ~. 2 (telah) diperelok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hias
Kata Terbitan : berhias, menghiaskan, hiasan, perhiasan, penghias,

Puisi
 

Bakar bara waktu petang,
     Hendak melayur daun palas;
Antara tiga sanggul melintang,
     Mana satu janda berhias.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sedikit kerja,
     banyak berantun.

Bermaksud :

Orang pemalas lebih suka bersolek daripada bersusah payah. berantun = bersolek, berhias.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Janda berhias.Janda yang belum beranak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedikit kerja, banyak berantun.Orang pemalas lebih suka bersolek daripada bersusah payah. berantun = bersolek, berhias.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas