Orang yang menunggu perigi itu, bilakah ia mati dahaga? | Orang yang berhampiran dengan orang yang berilmu lambat-laun akan berilmu juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lagi lebai lagi berjanggut. | Berilmu dan berbudi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum bertaji hendak berkokok. | Belum berilmu sudah hendak menyombong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beremas kemas, berpadi menjadi. | Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi segala menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak akan berwap nasi dingin. | Orang yang tidak berilmu tidak mungkin mengajar orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air tenang menghanyutkan. | Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Air gedang menghanyutkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air gedang menghanyutkan. | Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Air tenang menghanyutkan). gedang = besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada padi, segala menjadi. | Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya. | Orang yang berilmu tidak suka bermegah-megahkan dirinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air beriak tanda tak dalam. | Banyak bercakap tanda tiada berilmu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |