Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.ga] |  برجاݢ

Definisi : 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~ hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.ga] |  برجاݢ

Definisi : 1 tidak tidur kerana sesuatu hal: Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2 berkawal utk menjaga keselamatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Puisi
 

Si pungguk helang karikan,
     Tidur siang berjaga malam;
Sungguh dia unjuk berikan,
     Pepat di luar rencong di dalam.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Mata tidur,
     bantal berjaga.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam.Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mata tidur, bantal berjaga.Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkubu sebelum alah.Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedia payung (= berpayung) sebelum hujan.Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas