Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah. | Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyeberangi jambatan emas. | Berjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Linggi diserang, Riau yang alah. | Menyerah tanpa berjuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |