Bagai berkain tiga hasta. | Serba tak cukup (miskin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak berkain sehelai benang. | Hidup melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkain tak cukup sebelit pinggang. | Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai. | Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah. | Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |