Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.ki] | برکاکي

Definisi : mempunyai (memakai) kaki; ~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.ki] | برکاکي

Definisi : mempunyai kaki: binatang yg ~ empat. ~ ayam tidak memakai kasut. ~ kpd (pd) bergantung pd. ~ seribu lari cepat-cepat kerana ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkaki

Puisi
 

Sapu tangan berkaki merah,
     Kakinya diletak dalam perahu;
Luka di tangan berdarah merah,
     Luka di hati tak dapat nak tahu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hendak hinggap tiada berkaki.

Bermaksud :

Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mendaki bukit berkaki dua, menurunnya berkaki seribu.Hendak mencapai kesenangan sangat sukar dan lambat, tetapi kemusnahan dan kerosakan sangat cepat datangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak hinggap tiada berkaki.Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pendusta berdiri tiada berkaki.Tiap-tiap yang dusta itu lambat laun akan terbuka juga rahsianya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung.Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sampan ada pengayuh tidak.Hendak melakukan sesuatu, tetapi tidak lengkap alat syaratnya. (Bandingkan dengan: Hendak hinggap tiada berkaki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak terbang tiada bersayap.Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak hinggap tiada berkaki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah empat kaki lagi tersaruk.Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung). tersaruk = tersandung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas