Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.sih.ka.si.han] | برکاسيه - کاسيهن

Definisi : 1. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~; 2. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: jika Seri Rama hendak ~ dgn kami, kembalikanlah Sita Dewi kpd Maharashi Kala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.sih.ka.si.han] | برکاسيه - کاسيهن

Definisi : sama-sama (saling) menyayangi; saling mencintai: Kedua-duanya itu hidup ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Peribahasa

Sebagai aur dengan tebing.

Bermaksud :

Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertukar jiwa dengan semangat.Sedang berkasih-kasihan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai aur dengan tebing.Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepantun kasau dengan bubungan.Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati.Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati.Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Muat tebu di haluan, muat halia di buritan.Waktu berdepan berkasih-kasihan, bila di belakang berdengki-dengkian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak dapat diungkit dengan besi hangat.Dua orang yang amat berkasih-kasihan yang tak dapat dipisahkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai inai dengan kuku.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai lesung dengan antan.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya.Orang yang sedang berkasih-kasihan tak dapat dipisahkan satu sama lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas