| Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar. | Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang. | Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati. (Bandingkan dengan: Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lantai dan dinding bertelinga belaka. | Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. (Bandingkan dengan: a. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang, b. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah berkata satu. | Tidak berubah daripada yang telah diucapkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengail berumpan, berkata bertipuan. | Harus pandai mempersenangkan hati orang, kalau kita menghendaki sesuatu daripada orang itu. bertipuan = bermuslihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Siapa yang berkata harus berkota. | Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Barang yang dikata, itulah kota). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berkata-kata dengan lutut. | Berkata-kata dengan orang yang bodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan. | Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah. | Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melanting menuju tampuk, berkata menuju benar. | Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |