| Apalagi sawa, ia berkehendakkan ayamlah! | Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kuda yang pantas tiada berkehendakkan cemeti. | Orang yang rajin dan pandai berbuat pekerjaan tak perlu diawasi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bila meminta: lembut gigi daripada lidah. | Bila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air. | Berkehendakkan sesuatu tidak pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti keranjang bobos. | Tiada puas dengan apa yang diperolehnya dan berkehendakkan lebih banyak lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sama juga kain basahan sehelai, timah sesuku, kalau tak timah pergi terasa mendapat. | Benda yang tiada berharga tiada berapa diendahkan orang, kecuali oleh orang yang benar-benar berkehendakkan benda itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |