Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kem.bang] | برکمبڠ

Definisi : 1. kembang (terbuka atau ter­bentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kem.bang] | برکمبڠ

Definisi : 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,

Puisi
 

Ini lagu serampang laut,
     Pulau Tamu jauh sepadan;
Layar berkembang kemudi dipaut,
     Tidak laju celaka badan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti kaduk kena air tahi.

Bermaksud :

Berkembang biak dan lama hidup.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka.Gembira oleh kerana mendengar pujian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kaduk kena air tahi.Berkembang biak dan lama hidup.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepesan anak beranak, anaknya beranak (= menggigit) pula.Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas