Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang. | Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang penjahit berkerbau-kerbau. | Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertunjang kayu ara, bertunjang pula mali-mali. | Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang, b. Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang). mali-mali = sebangsa tumbuhan yang mempunyai tunjang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang. | Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Penjahit hilang di tiga hari dengan kerbau. | Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang penjahit berkerbau-kerbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |