Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[berke.ta/] | برکتق

Definisi : 1. berpelipatan (bkn kulit pd leher dll), berkedut-kedut; 2. berombak-ombak (bkn rambut), beralun-alun: Mamat bersiul-siul sambil menyikat rambutnya yg ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[berke.ta/] | برکتق

Definisi : berbunyi ketuk-ketak (bkn ayam yg baru bertelur); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[berke.ta/] | برکتق

Definisi : 1 berombak-ombak (ttg rambut dll); beralun-alun; berkeriting. 2 berkedut-kedut (spt kulit pd leher). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berketak

Peribahasa

Berketak dulu sebelum bertelur.

Bermaksud :

Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak.Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berketak dulu sebelum bertelur.Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak.Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut.Orang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas