Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.sar] | برکيسر

Definisi : 1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~, tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbin­cangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb, Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ki.sar] | برکيسر

Definisi : 1 berpusing (spt putaran roda); berputar. 2 beralih tempat duduk; berpindah: Dia tidak ~ dr tempat duduknya. 3 ki beredar di sekitar sesuatu kawasan atau sesuatu perkara: Rancangan kemajuan itu tidak hanya ~ di kawasan bandar. Perbincangan itu ~ pd hal-hal pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kisar
Kata Terbitan : berkisar, berkisarkan, mengisar, terkisar, kisaran, perkisaran, pengisaran, pengisar,

Puisi
 

Nyiur manis dimakan rusa,
     Peti belayar Negeri Keling;
Buat manis hadapan kita,
     Hati berkisar tempat lain.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tahu di angin berkisar.

Bermaksud :

Tahu akan perubahan hati seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Duduk berkisar, tegak berpaling.Memungkiri apa yang telah dikatakan dulu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tahu di angin berkisar.Tahu akan perubahan hati seseorang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tegak berpaling, duduk berkisar.Janji yang tidak ditepati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas