Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang. | Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum bertaji hendak berkokok. | Belum berilmu sudah hendak menyombong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seekor ayam tak berkokok, hari tak siangkah? | Orang yang pandai bukan seorang, sesuatu perkara itu akan terus berlaku walaupun ada seorang yang tidak menyukainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam baru belajar berkokok. | Baru cukup umur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang. | Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seletus bedil berbunyi, mencebur ikan dalam laut, berkokok ayam dalam hutan. | Ucapan pemimpin yang menggemparkan orang di mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |