Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.ku] | برکوکو

Definisi : 1. mempunyai kuku; harimau ~ tajam; ~ belah berbelah dua kukunya (spt lembu, kerbau, dll); ~ satu (tunggal) mempunyai satu kuku (bkn kuda dll); 2. ki berkuasa, berkukuh: tentera Jepun telah ~ hampir empat tahun di Semenanjung Tanah Melayu; tidak ~ ki tidak berkuasa (berpengaruh); ~ besi ki bersikap (bersifat, berlaku) kejam atau terlalu keras (terhadap rakyat dll); belum ~ hendak menggaruk (mencubit) = belum bergigi sudah hendak menggigit prb belum berkuasa sudah hendak menegur-negur (memerintah dll) orang; diberi ~ hendak mencengkam prb diberi kuasa sedikit sudah hendak menindas (menganiaya) orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.ku] | برکوکو

Definisi : berbunyi (bkn burung balam, tekukur dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkuku

Peribahasa

Diberi berkuku hendak mencengkam.

Bermaksud :

Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk).Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum bergigi sudah hendak menggigit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diberi berkuku hendak mencengkam.Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengais hendaklah berkuku.Mencari penghidupan hendaklah berpengetahuan (modal atau alat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak menggaruk tidak berkuku.Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas