Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ga/] | برلاݢق

Definisi : 1. berperasaan besar diri, bersikap angkuh: orang Wan Umar telah ~ sombong dgn kemewahan wang yg didapati drpd Kapitan Cina; ~ spt orang besar; 2. melakukan diri spt, berlaku spt: dia ~ tidak tahu; ~ bodoh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ga/] | برلاݢق

Definisi : 1 berkelakuan sombong; bersikap angkuh: Jangan engkau cuba hendak ~ di depan aku kerana aku tahu siapa engkau. 2 berkelakuan spt; bersikap seolah-olah: Dia ~ pandai tetapi apabila disoal, ia tidak tahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagak (kata nama)
Bersinonim dengan gaya, pembawaan, tingkah laku, kelakuan, perangai, aksi, lela;,
Kata Terbitan : berlagak, pelagak,

Peribahasa

Sumpit penuh tidak berisi.

Bermaksud :

Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Nibung bangsai bertaruk muda.Orang tua yang berlagak muda. bangsai = rapuh dan buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sumpit penuh tidak berisi.Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti.Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah.Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri.Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri). uri = tembuni.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri.Hendak berlagak seperti orang tua-tua.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang.Belum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua. lepang = sejenis pohon.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas