Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lai.nan] | برلاءينن

Definisi : tidak sama, berbeza, berbagai-bagai (gaya, corak, dll): aku nampak ayahmu itu bersikap ~ drpd sehari-hari; cakap mereka berlain-lainan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lai.nan] | برلاءينن

Definisi : berbagai-bagai (gaya, corak rupa dll): Mereka itu bersaudara tetapi ~ ibu. Apabila disoal, mereka telah memberikan jawapan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlainan

Peribahasa

Orang mencubit,
     kita menampar.

Bermaksud :

Berlainan perbuatan tetapi akibatnya sama merasa.

 

Lihat selanjutnya...(14)

381

So many men, so many opinions.

Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.

Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam , saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan.Tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang mencubit, kita menampar.Berlainan perbuatan tetapi akibatnya sama merasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diminta tebu diberi tembarau.Yang diberi berlainan daripada yang diminta. tembarau = gelagah, temerau.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain galang, lain perahu yang disorong.Berlainan perbuatan daripada tujuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti sayur dengan rumput.Banyak bezanya; berlainan benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti paruh dengan kepak.Dua golongan yang berlainan tetapi bekerjasama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain di mulut, lain di hati.Yang dikatakan berlainan dengan yang di dalam hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti garuk dengan sisir.Dua orang yang bersaudara, tetapi berlainan kemahuan dan tabiatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seorang budi-budian, seorang tabung seruas.Dua orang yang berlainan sifatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang itu empat gasal, lima genap.Orang yang suka berbantah dan berlainan faham daripada orang banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas