| Berarak tidak berlari. | Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum tegak hendak berlari. | Melakukan sesuatu tidak menurut aturan yang biasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Baru bertatih hendak berlari, tersembam. | Membuat pekerjaan yang lebih daripada yang tersanggup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket. | Orang yang hanya suka makan atau menerima hak orang lain, tetapi hak sendiri disimpan atau disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti polong kena sembur. | Berlari lekas-lekas kerana ketakutan. polong = hantu; sembur = jampi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di reban sendiri melegas, di reban orang meromok. | Berani di rumah sendiri, tetapi takut di tempat orang. melegas (ligas) = berlari dengan mengangkat kaki kanan (seperti kuda); meromok = duduk meringkuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |