Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.wa.nan] | برلاونن

Definisi : 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.wa.nan] | برلاونن

Definisi : 1 tidak sehaluan; bertentangan: Pendapat kami sentiasa ~. 2 berlumba utk mencapai sesuatu matlamat; bersaingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,

Peribahasa

Apa sakit berbini janda,
     anak tiri boleh disuruh.

Bermaksud :

Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Terbalik kalang.Pendapat yang berlawanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi kerana ada yang rendah.Tiap-tiap suatu mesti ada yang berlawanan untuk dapat dibezakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang.Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas