Sejengkal menjadi sehasta. | Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenar. (Peribahasa lain yang sama makna: Cakapan sejengkal dibawa sehasta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cakapan sejengkel dibawa sehasta. | Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sejengkal menjadi sehasta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kecek ular. | Menceritakan berlebih-lebihan daripada keadaan yang sebenarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang, berlebih. | Ilmu pengetahuan yang serba tanggung. (Biasa juga: Untuk tabuh singkat untuk gendang panjang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gulai terlampau serai maung rasanya. | Perbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Usahlah teman dimandikan pagi. | Usahlah dipermain-mainkan dengan sanjungan yang berlebih-lebihan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. | Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan. | Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |