Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma.ha.ra.ja.lé.la] | برمهاراجاليلا

Definisi : , bersimaharajalela, merajalela 1. berbuat sesuka hati (sewenang­wenang): lanun-lanun ~ di daerah itu; 2. berkecamuk, berjangkit dgn hebat (penyakit dll): penyakit taun ~ setelah peperangan itu; 3. menjadi-jadi: tindas-menindas terus ber-laku, kekejaman ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma.ha.ra.ja.lé.la] | برمهاراجاليلا

Definisi : 1 berbuat (dgn) sekehendak hati. 2 sangat menjadi-jadi (bkn penyakit dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maharajalela
Kata Terbitan : bermaharajalela, merajalela, kemaharajalelaan,

Peribahasa

Besar hendak melanda,
     panjang hendak melindih.

Bermaksud :

Sesudah berkuasa lalu hendak bermaharajalela. lindih = tindih.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah.Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti Belanda minta tanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar hendak melanda, panjang hendak melindih.Sesudah berkuasa lalu hendak bermaharajalela. lindih = tindih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diberi betis hendak paha.Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti Belanda minta tanah.Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Diberi betis hendak paha, c. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa.Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas