Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka. | Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Main air basah, main api letur, main pisau luka. | Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya. | Berkawan dengan orang bodoh, tentu menanggung kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana kedidi: sedikit hujan banyak bermain. | Suka membesar-besarkan perkara yang kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengadu kucing dengan babi. | Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain. | Orang yang malas, uzur sedikit dikatakan banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |