| Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali. | Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kena parang bermata dua. | Sangat menyakitkan perasaan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pedang bermata dua. | Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti parang [= pisau] mata dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kena pedang bermata dua. | Sakit hati kerana disindir. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena parang bermata dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cincin emas takkan tampan bermata kaca. | Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tanam tiada berbenih, tumbuh tiada bermata. | Anak yang dilahirkan di luar nikah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti parang (= pisau) mata dua. | Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |