Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.nas] | برنس

Definisi : 1. berisi penuh (padi, susu, dll): anak-anak padi tumbuh dgn subur, rumpunnya besar, buahnya lebat dan ~; 2. subur dan banyak hasilnya (tanaman padi): tanamannya ~; 3. ki berisi (ucapan dll): kemukakanlah fikiran yg bernilai dan ~; kebernasan perihal bernas, bernasnya: ~ isi atau fakta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.nas] | برنس

Definisi : 1 penuh berisi (ttg buah padi dsb): Padinya tumbuh dgn subur, rumpunnya besar, batangnya lebar dan buahnya ~. 2 subur lagi banyak hasilnya (ttg padi dsb): Hasil padinya tahun ini sungguh ~. 3 ki berisi dan matang (ttg percakapan atau ucapan): Ceramahnya malam tadi memang ~ dan bermutu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bernas

Peribahasa

Tak ada padi yang bernas setangkai.

Bermaksud :

Tak ada suatu apa pun yang sempurna semuanya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Padi setangkai bernas semuanya.Keluarga yang hidupnya beruntung dan berbahagia. bernas = berisi penuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak ada padi yang bernas setangkai.Tak ada suatu apa pun yang sempurna semuanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal.Yang tak berguna biarlah hilang, dan yang baik-baik biarlah tinggal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas