Biar bernasib duri, jika terbuang pun tidak mengapa; jangan bernasib kayu, walau banyak berguna sekalipun. | Lebih baik miskin daripada kaya menanggung hutang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal sabut terapung, asal besi tenggelam. | Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daripada segenggam jadi segantang. | Bernasib baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah tangan bertuah, mumbang ditanam tumbuh juga. | Seseorang yang bernasib baik, apa saja yang dilakukan olehnya berhasil belaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap. | Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlepas daripada rahang harimau, termasuk ke dalam rahang buaya. | Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak. | Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Padi sekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang. | Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |