Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.nia.ga] | برنياݢ

Definisi : , meniaga ark menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.nia.ga] | برنياݢ

Definisi : berjual beli; berda­gang: Saya lebih suka ~ drpd bekerja sbg kerani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,

Puisi
 

Orang berniaga semalam-malaman,
     Apa jualan pulut berinti;
Hidup di dunia buat amalan,
     Untuk bekalan akhirat nanti.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Berniaga buluh kasap,
     hujung hilang pangkal lesap.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berniaga di hujung lidah.Orang pandai yang tak jujur, suka menipu dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.Membuat pekerjaan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas