Beroleh sehasta hendak sedepa. | Diberi sedikit lalu hendak minta banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beroleh lumpur di tempat yang kering. | Mendapat kesusahan yang tidak tersangka-sangka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beroleh (= mendapat) hidung panjang. | Mendapat malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai si kudung beroleh cincin. | Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti anjing beroleh bangkai. | Orang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti buaya bertemu bangkai hanyut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti si buta berbini cantik, si kudung beroleh cincin, si bisu bercakap dan si tuli mendengar. | Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau sakit, sapi beroleh nama. | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai budak menyapu ingus. | Beroleh malu dalam sesuatu majlis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kodok dapat bunga sekuntum. | Beroleh sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kemiri jatuh ke pangkalnya. | Beroleh tempat yang sepatutnya; kembali ke tempat asalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |