Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.paut] | برڤاءوت

Definisi : 1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulur-suluran dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan se­suatu kegiatan dsb: kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, ter­katup semula, bertaut: apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki ber­temu, bertembung; ~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.paut] | برڤاءوت

Definisi : 1 berpegang kuat-kuat: Tangan kanannya ~ pd dahan, sementara tangan kirinya memetik buah. 2 terletak atau terikat erat-erat (bkn tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang panjang itu ~ pd junjungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paut
Kata Terbitan : berpaut, berpautan, berpaut-pautan, memaut, memautkan, terpaut, pautan,

Puisi
 

Sayang lagu serampang laut,
     Kulit timun atas meja;
Layang terbentang kemudi berpaut,
     Hendak sampai ke tepi juga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berpaut sehasta tali.

Bermaksud :

Tidak dapat berbuat sekehendak hati.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berpaut tidak bertali.Belum putus perkaranya; belum diberi surat cerai (tentang perempuan yang minta cerai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berpaut sehasta tali.Tidak dapat berbuat sekehendak hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berendam sesayak air, berpaut sejengkal tali.Hidup dalam kemelaratan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Datang tiada dijemput, dihalau dia berpaut, salah hemat kita diangkut.Tentang penyakit. Peribahasa lain yang sama makna: Datang seperti ribut, pergi seperti semut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas